Tugas Dalam Persatuan
    Penolong Setiausaha
  • Menjalankan tugas-tugas Setiausaha sewaktu ketiadaannya.
  • Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugas.
  • Melaksanakan tugs-tugas dan tanggungjawab  tertentu sebagaimana ditetapkan oleh Mesyuarat AJK.
  • Menjalankan lain-lain tugas-tugas yang diarahkan oleh YDP.

 
Tugas Dalam Program / Kursus / Perkhemahan
    Penolong Setiausaha Program
  • Menjalankan kerja pentadbiran mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa dan menjalankan semua perintah mesyuarat jawatankuasa yang telah ditetapkan.
  • Mengendalikan semua urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, fail, surat yang berkaitan dengan program jika ketiadaan Setiausaha.
  • Membantu Setiausaha menyelaraskan nama Peserta yang terlibat untuk tujuan PAS program, Insuran Nyawa, Sijil, Gambar dan lain-lain yang difikirkan perlu.
  • Membantu Setiausaha membuat insuran nyawa pada setiap kali program dengan Syarikat Insuran Takaful.
  • Menyimpan Fail daftar peserta, merekod dan menyimpan minit mesyuarat jika diminta oleh Setiausaha.
  • Hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan yang berkaitan dengan perintah dan tindakan.
  • Membantu tugas-tugas Setiausaha seperti yang ditetapkan.
  • Bertanggungjawab ke atas kebajikan pegawai-pegawai bawahannya.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Program.
  • Memastikan semua tugas-tugas atau perintah-perintah am telah dilaksanakan atau diselesaikan oleh Pegawai-pegawai sebelum berlangsungnya sesuatu program.
  • Menjadi Penolong Ketua kepada Ketua-ketua Jabatan bagi memastikan setiap jabatan menjalankan fungsi masing-masing dan melaporkan kepada Pengarah Program mana-mana Jabatan yang enggan memberikan kerjasama.
  • Bertanggungjawab atas keselamatan dan kebajikan peserta apabila berlaku kemalangan atau kecederaan.

Ke Menu Utama